Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
MTrading Team • Hari Ini

Saham Eropah pulih daripada kerugian ketika pasaran kekal sangat tidak menentu

Saham Eropah pulih daripada kerugian ketika pasaran kekal sangat tidak menentu

Konflik Rusia-Ukraine terus berkembang apabila AS mengharamkan import minyak dari Rusia dan Great Britain berjanji untuk terus mengurangkan import tersebut sepanjang tahun ini. Jenama utama Amerika seperti McDonald's, Starbucks, Coca-Cola dan PepsiCo kini meninggalkan Rusia. Semua perkara ini menyebabkan aset kekal tidak menentu. Saham Eropah telah pulih sedikit daripada kejatuhan baru-baru ini, namun masih perlu dipantau.

Tiada tanda-tanda pasaran akan kembali tenang dalam masa terdekat. Negara-negara Barat berjanji akan mengenakan pakej sekatan seterusnya terhadap Rusia, manakala Rusia baru-baru ini memberi amaran bahawa langkah balas yang keras akan diumumkan tidak lama lagi. Perhatian dunia juga tertumpu pada mesyuarat Bank Pusat Eropah pada hari Khamis dan keputusan dasar monetarinya susulan mesyuarat itu.

Lihat prestasi aset utama pada 9 Mac:

  • MINYAK BRENT susut sedikit, diniagakan 0.98% lebih rendah pada kadar 126.73.
  • EMAS turun 0.55% kepada 2,032.05.
  • INDEKS USD turun 0.44% dan berada pada kadar 98.640.
  • DOW JONES diniagakan 0.56% lebih rendah, merosot kepada 32,632.64.
  • NASDAQ susut lagi 0.39% kepada 13,267.61.
  • DAX pulih 4.68% dan mencecah 13,270.01.
  • FTSE 100 mengekalkan kenaikan yang diperoleh dan berada sekitar 7,104.60 selepas meningkat 2.05%.

Trend semasa

Trend berubah dengan pantas sekarang, dan tiada aset yang kekal neutral untuk tempoh yang lama. Lihat kecenderungan semasa untuk menentukan sama ada anda boleh meraih keuntungan daripadanya.

  • Belian kukuh: DAX
  • Jualan kukuh: MINYAK BRENT, INDEKS USD, DOW JONES, NASDAQ
  • Beli: FTSE 100
  • Jual: EMAS

Jika anda merasakan perlukan panduan yang baik untuk mengemudi dagangan anda dalam keadaan tidak menentu ini, tingkatkan peluang anda untuk berjaya dengan Copy Trading:

  • dapatkan akses kepada rangkaian dagangan sosial yang hebat;
  • pilih pedagang yang memberi inspirasi dan salin dagangan mereka secara automatik dalam masa nyata;
  • nikmati keuntungan anda tanpa usaha tambahan.

Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!