Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
Denis Sergienko • Hari Ini

BTC Jatuh ke Paras Terendah dalam Tempoh 3 Bulan

BTC Jatuh ke Paras Terendah dalam Tempoh 3 Bulan

Bitcoin telah merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga bulan lalu. Selain itu, aset berisiko lain terus merosot di tengah-tengah tekanan jualan yang berterusan.

Mata wang kripto terbesar di dunia itu susut lagi 5% dan mencecah paras terendah baharu, dengan paras intrahari $18,276 pada Isnin ini. Ini merupakan kejatuhan terbesar bagi mata wang kripto yang paling banyak didagangkan itu sejak Julai. Perkara yang paling membimbangkan pelabur jangka panjang ialah BTC terus jatuh. BTC bakal mencatatkan satu lagi bulan negatif selepas merosot 15% pada Ogos.

Apa yang sedang berlaku?

Pakar mengemukakan beberapa sebab yang menyebabkan aset berisiko merudum. Pelbagai faktor memberi kesan negatif, termasuk kepada mata wang kripto utama. Inflasi yang melonjak, kenaikan kadar faedah dan tekanan kawal selia merupakan antara sebab utama harga mata wang kripto jatuh.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Akibatnya, modal pelabur menyusut, sekali gus mencetuskan pembubaran posisi. Selain itu, orang ramai bimbang tentang ketidaktentuan pasaran kripto berikutan sekatan kawal selia baharu. Keadaan ini sukar pulih selagi sistem kewangan belum stabil. Buat masa ini, rangka kerja kawal selia masih sangat tidak jelas.

Bagaimana pula dengan syiling lain

Ether menunjukkan prestasi yang lebih buruk. Syiling ini mengatasi prestasi BTC dan mencatatkan penurunan sekitar 5% pada hari Isnin. ETH juga telah mencapai paras terendah sejak Julai. Oleh itu, kita kini menyaksikan bulan terburuk bagi syiling ini, dengan kejatuhan keseluruhan sebanyak 13.8%.

Keadaan mungkin menjadi lebih buruk kerana Rizab Persekutuan merancang pengetatan besar-besaran yang akan menjejaskan semua aset berisiko. Jadual baharu dijangka agak agresif. Selain itu, bank-bank pusat bakal meluluskan satu lagi kenaikan kadar faedah untuk “memerangi inflasi”.