Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Indeks Ketakutan Pasaran Saham: Penerangan untuk Pemula

Indeks ketakutan pasaran saham menggambarkan satu ungkapan popular yang menerangkan pasaran kewangan yang dipengaruhi oleh ketamakan dan ketakutan, iaitu dua emosi paling kuat. Sebab itulah nama penuhnya ialah penunjuk ketakutan dan ketamakan pasaran saham. Alat ini membolehkan pedagang saham menentukan sama ada harga aset itu cukup saksama. Selain itu, indeks ini membolehkan pelabur mengukur pergerakan pasaran.

None

Indeks ketakutan pasaran saham cukup fleksibel kerana pedagang boleh menggunakannya pada jangka masa yang berbeza, sama ada secara mingguan atau bulanan, malah mengukurnya sepanjang tempoh setahun jika memerlukan gambaran pasaran yang lebih mendalam. Hari ini, kita akan membincangkan cara indeks ini berfungsi dan manfaat yang boleh diperoleh pedagang daripadanya.

Apakah Indeks Ketakutan Pasaran Saham dan Bagaimanakah Indeks Ini Berfungsi?

Idea di sebalik indeks ini ialah ketakutan pedagang yang berlebihan akan menurunkan harga, manakala ketamakan pasti akan menghasilkan kesan sebaliknya dan menaikkan harga. Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelabur masih membuat keputusan berdasarkan perasaan dan emosi. Kebanyakan pedagang tidak mampu mengawal keadaan.

Hasilnya, wujud indeks ketakutan pasaran yang merupakan variasi bagi pasaran ekuiti yang disebut tadi. CNN ialah pihak pertama yang memperkenalkan istilah ini. Indeks ini boleh diukur menggunakan 7 faktor berbeza yang dinilai pada skala 1 hingga 100. Faktor-faktor ini termasuk:

  1. Momentum harga saham.
  2. Kekuatan harga aset.
  3. Keluasan pergerakan harga saham.
  4. Opsyen put dan call.
  5. Permintaan terhadap aset selamat.
  6. Permintaan terhadap bon berisiko tinggi.
  7. Kemeruapan pasaran.

Setiap faktor ini mempunyai kepentingan yang sama dalam mengukur indeks ketakutan dan ketamakan pasaran saham. Ini bermakna setiap faktor mempunyai pemberat yang sama apabila menentukan tahap ketakutan. Jika semua faktor ini mencatatkan bacaan melebihi 50, ini menunjukkan bahawa ketamakan menjadi daya penggerak pasaran. Jika bacaannya di bawah 49, ini menunjukkan ketakutan pasaran. Jika bacaannya tepat 50, keadaan pasaran boleh dianggap neutral.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Kelebihan menggunakan indeks ketakutan pasaran saham

Menurut para penyelidik, apabila seseorang berasa tamak, mereka biasanya mengetepikan pertimbangan rasional dan hilang kawalan terhadap keadaan. Sudah tentu, pedagang jarang mengetahui proses biokimia yang mendasari perasaan tamak atau takut. Apa yang kita tahu ialah perasaan ini mungkin merupakan antara pendorong yang paling kuat.

Nota: dari segi sejarah, indeks ketakutan pasaran merupakan salah satu petunjuk paling boleh dipercayai bagi perubahan ketara yang berlaku dalam pasaran ekuiti.

Idea tentang kesan ketakutan pasaran turut disokong oleh konsep ekonomi tingkah laku, yang menerangkan cara pelabur boleh mengubah sikap terhadap pasaran lalu bertindak bertentangan dengan strategi mereka. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa indeks ketakutan dan ketamakan pasaran ialah alat yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti sentimen pasaran dan membuat keputusan tertentu. Pakar berpengalaman mengesyorkan penggunaan tab ketakutan untuk menjejak rekod dan memanfaatkan peluang pembelian.

Antara manfaatnya termasuk:

  • Ketakutan pasaran ialah petunjuk yang telah teruji dan boleh dipercayai, berasaskan konsep ekonomi tingkah laku.
  • Indeks ini boleh digunakan untuk membantu membuat keputusan pelaburan yang wajar apabila berdagang saham dan instrumen lain.
  • Alat ini boleh digunakan merentas tempoh masa yang berbeza, sama ada berdasarkan tempoh mingguan atau tahunan.
  • Indeks ini agak mudah dibaca, menjadikannya sesuai untuk pemula.

Kelemahan indeks ketakutan pasaran saham

Anda tidak akan menemui alat ini dalam set alat teknikal. Ini bermakna anda tidak seharusnya menganggapnya sebagai instrumen penyelidikan pasaran atau pelaburan. Indeks ini mendorong pedagang untuk bertindak berdasarkan volatiliti pasaran, tetapi tidak menjamin sebarang hasil tertentu.

Kesimpulannya

Sesetengah pihak yang skeptikal menganggap ketakutan pasaran sebagai petunjuk yang boleh digunakan sebagai barometer untuk menentukan masa pasaran. Mereka berpendapat bahawa pendekatan ini boleh menghasilkan pulangan yang lebih rendah berbanding strategi beli dan pegang. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengetepikan keberkesanan alat ini dalam membuat keputusan pelaburan.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.