Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Sentimen pasaran ialah kuasa penggerak yang boleh mempengaruhi permintaan dan penawaran serta menggerakkan harga. Oleh itu, sentimen boleh menjadi bullish atau bearish, bergantung pada arah pergerakan harga. Contohnya, sentimen boleh menjadi bearish apabila harga jatuh atau bullish apabila harga naik.
Untuk mengenal pasti dan mentakrifkan sentimen, pedagang menggunakan pelbagai petunjuk teknikal yang disepadukan dalam platform atau rangka kerja dagangan. Mereka juga boleh memilih alat tambahan dan kaedah analisis lain untuk memperhalus isyarat yang boleh dipercayai bagi menentukan masa masuk atau keluar pasaran. Jika pelabur dapat mengenal pasti sentimen dengan tepat. Hal ini akan membantu memperoleh pulangan maksimum.

Dalam artikel ini, kami bukan sahaja akan menerangkan maksud sentimen, malah turut mengulas beberapa petunjuk utama yang digunakan oleh pedagang untuk memahaminya.
Maksud sentimen merujuk kepada suasana hati atau sikap pelabur terhadap instrumen, aset atau sekuriti. Istilah ini boleh menggambarkan perasaan pedagang tentang keadaan pasaran, yang turut mencerminkan psikologi pasaran secara keseluruhan berdasarkan aktiviti dan pergerakan harga.
Secara ringkasnya, apabila harga naik, ini menunjukkan sentimen pasaran yang bullish. Jika harga jatuh, ini menunjukkan keadaan pasaran yang bearish. Ciri-ciri utama yang perlu dipertimbangkan ketika mentakrifkan maksud sentimen adalah seperti berikut:



Sentimen pasaran, yang juga dikenali sebagai “sentimen pelabur”, merupakan sebahagian daripada asas dagangan. Sentimen ini boleh mempengaruhi petunjuk teknikal. Oleh itu, penganalisis teknikal dan pedagang harian kerap menggunakannya. Sentimen ini membolehkan mereka mengukur bukan sahaja pergerakan harga aset dalam jangka pendek, tetapi juga keuntungan dan potensi pulangan. Hasilnya lazimnya bergantung pada suasana hati dan sikap keseluruhan pelabur terhadap sekuriti yang didagangkan.
Pada masa yang sama, sentimen dilihat sebagai alat yang berguna untuk pelabur yang dikenali sebagai pelabur kontrarian. Mereka ialah pedagang yang cenderung bertindak bertentangan dengan pergerakan pasaran secara umum. Dalam erti kata lain, jika majoriti orang membeli sesuatu aset, pedagang kontrarian berkemungkinan besar akan menjualnya.
Pakar lazimnya menggambarkan sentimen sebagai bearish atau bullish. Konsepnya agak mudah:
Walaupun pasaran kewangan sering dipengaruhi oleh emosi peserta pasaran, kita tidak boleh mengatakan bahawa sentimen boleh bergantung sepenuhnya pada asas-asas (fundamentals), kerana asas-asas ini lebih merujuk kepada prestasi perniagaan. Sebaliknya, pelabur boleh mengenal pasti saham yang terlebih nilai dan terkurang nilai dengan menggunakan sentimen. Hal ini boleh dilakukan dengan bantuan pelbagai penunjuk teknikal (sentimen).
Perkara berikut boleh digunakan untuk mengukur sentimen pasaran dan menentukan suasana keseluruhan pasaran, termasuk sama ada pasaran sedang menurun (bearish) atau menaik (bullish):
Itu hanyalah beberapa alat untuk mengukur sentimen. Anda boleh memilih purata bergerak dan penunjuk lain. Pastikan anda mentafsir bacaan dengan betul dan menggunakan pengetahuan asas-asas yang mencukupi untuk mempertimbangkan semua fakta sebelum menentukan langkah seterusnya.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.