
Data inflasi AS yang lemah menyertai siri statistik yang lebih rendah, sekali gus menunjukkan bahawa kadar Fed perlu dibawa ke paras puncak lebih awal dan bukannya kemudian. Hal ini seterusnya menyokong sentimen pasaran pada lewat Rabu dan awal Khamis. Turut menyumbang ialah berita tentang angka perdagangan China yang kukuh serta Buku Beige Fed, yang mencadangkan sedikit peningkatan dalam aktiviti ekonomi AS sejak akhir Mei.
Dengan perkembangan ini, Dolar AS merosot ke paras terendah dalam lebih setahun, manakala aset yang lebih berisiko meningkat. Perkembangan yang sama membantu harga Emas dan minyak mentah mencatat paras tertinggi bulanan baharu, selain mengukuhkan mata wang antipodean seperti AUDUSD dan NZDUSD. EURUSD turut melonjak ke paras tertinggi sejak Mac 2022, manakala GBPUSD mencatat paras tertinggi dalam 15 bulan sebelum data bercampur-campur dari UK dikeluarkan.
Sebaliknya, BTCUSD dan ETHUSD gagal mendapat sokongan daripada dolar AS yang melemah, malah susut untuk hari kedua berturut-turut setakat penulisan ini, susulan pendekatan baharu penggubal undang-undang AS terhadap kawal selia kripto.
Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:



Indeks Harga Pengguna (CPI) AS yang dinanti-nantikan mengesahkan spekulasi pasaran bahawa kebimbangan terhadap inflasi semakin reda sejak kebelakangan ini. Hal ini menunjukkan keperluan yang lebih rendah untuk kenaikan kadar dan beban yang lebih ringan terhadap ekonomi, terutamanya ketika statistik terkini semakin merosot.
Dengan itu, harapan agar China kembali menerajui dan jangkaan bahawa data AS akan mencatatkan prestasi positif pada masa hadapan turut membolehkan sentimen risiko kekal sedikit positif.
Akibatnya, Dolar AS mengalami kejatuhan besar, sekali gus membolehkan Emas, Euro, JPY dan NZDUSD mendahului senarai kenaikan. Sebaliknya, Minyak Mentah dan GBPUSD kelihatan agak hambar berikutan pemangkin yang bercampur-campur.
Wall Street ditutup dalam wilayah positif dan saham di rantau Asia-Pasifik turut meningkat, tetapi saham Eropah kelihatan agak terbatas apabila pedagang mahu mengesahkan semula optimisme terkini. Ini berlaku ketika Dolar AS merosot dan tiada perkembangan besar dari tempat lain, kecuali China.
Mata wang kripto terus tertekan walaupun Dolar AS merosot, apabila penggubal dasar AS masih berusaha mengawal selia mata wang elektronik yang banyak diperdebatkan itu, meskipun kesannya berkemungkinan lebih ringan.
Seterusnya, Indeks Harga Pengeluar AS dan Tuntutan Pengangguran mingguan penting untuk diperhatikan bagi mendapatkan petunjuk yang jelas. Keputusan yang lebih kukuh mungkin membolehkan Dolar AS pulih daripada kerugiannya. Walau bagaimanapun, sentimen dijangka kekal lebih positif dan mungkin membantu mata wang berisiko lebih tinggi mengakhiri minggu ini dengan kenaikan, melainkan berlaku kejutan besar.
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!