Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?
MTrading Team • Hari Ini

Penggubal dasar Fed enggan meraikan inflasi AS yang semakin reda, harga emas berundur daripada paras tertinggi beberapa hari

Penggubal dasar Fed enggan meraikan inflasi AS yang semakin reda, harga emas berundur daripada paras tertinggi beberapa hari

Pasaran global menjadi optimistik dengan berhati-hati berikutan bacaan CPI AS bagi bulan Julai yang lebih rendah daripada jangkaan, sementara pegawai Rizab Persekutuan (Fed) tidak menyambut baik perubahan inflasi yang telah lama dinanti-nantikan. Tajuk berita dari China yang membayangkan pertelingkahan lanjut antara Washington dengan Beijing berhubung perdagangan dan Taiwan juga boleh menjejaskan sentimen pasaran.

Bagaimanapun, dolar AS kekal tertekan seiring dengan pergerakan hasil Perbendaharaan. Keadaan ini pula membantu niaga hadapan ekuiti dan saham Asia-Pasifik menyusuli kenaikan Wall Street.

AUDUSD kekal skeptikal meskipun Jangkaan Inflasi Pengguna semakin rendah, manakala NZDUSD mencatat kenaikan paling besar dalam kalangan pasangan mata wang G10 apabila pedagang bersiap sedia menghadapi pendirian hawkish RBNZ. Selain itu, USDJPY dan EURUSD mendapat manfaat daripada kelemahan dolar AS.

Harga emas pula kekal lemah apabila keraguan tentang langkah Fed seterusnya, bersama-sama tajuk berita berkaitan China, menguji minat pembeli emas. Keadaan yang sama berlaku pada minyak, yang teragak-agak ketika trend menaik lima harinya berterusan.

BTCUSD dan ETHUSD mencecah paras tertinggi dua bulan apabila kelemahan dolar AS disertai tajuk berita positif tentang Ethereum Merge.

Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:

  • Minyak Brent berg elut untuk mempertahankan aliran menaik empat hari, dengan harga tertahan berhampiran $99.60 pada waktu penulisan.
  • Emas meneruskan penurunan dari paras tertinggi sebulan pada hari sebelumnya, susut 0.30% pada dagangan intrahari kepada sekitar $1,787 setakat ini.
  • Indeks USD kekal tertekan berhampiran 105.00, memadamkan kenaikan semula semasa sesi Asia, di tengah-tengah optimisme pasaran yang berhati-hati.
  • FTSE 100, Eurostoxx dan DAX semuanya mencatatkan kerugian kecil setakat berita ini ditulis.
  • Wall Street ditutup mengukuh, dengan Nasdaq menerajui kenaikan selepas mencatatkan keuntungan harian 2.89%.
  • BTCUSD dan ETHUSDkedua-duanya mencatatkan kenaikan sambil mencapai paras tertinggi dua bulan, masing-masing sekitar $24,500 dan $1,880 setakat ini.
Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Fed dan China menguji optimisme berkaitan inflasi AS

Pedagang menarik nafas lega selepas CPI AS bagi bulan Julai mencatatkan bacaan lebih rendah daripada ramalan pasaran dan bacaan sebelumnya. Namun, keengganan penggubal dasar Fed untuk menerima bahawa kebimbangan terhadap inflasi semakin reda kelihatan mencabar pihak yang optimistik. Niaga hadapan kadar faedah yang masih menunjukkan kira-kira 50% kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas pada bulan September, berbanding hampir 70% sebelum ini, turut mengekalkan harapan hawkish Fed.

Selain itu, ketidakpastian Presiden AS Biden tentang pemansuhan tarif era Trump ke atas barangan China, bersama-sama dengan cabaran Taiwan terhadap dasar Satu China, turut menjejaskan sentimen. Beijing juga menolak eksport daripada pengeluar daging AS dengan alasan isu kesihatan.

Bukan sahaja CPI AS bagi bulan Julai, malah Jangkaan Inflasi Pengguna Australia bagi bulan Ogos juga mencatatkan bacaan lebih rendah.

Sementara itu, pemuktamadan gabungan ujian Goerli dan harapan terhadap lantunan kitaran dalam mata wang kripto mendorong BTCUSD dan ETHUSD menghampiri paras tertinggi berbilang hari.

Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sentimen kekal optimistik dengan berhati-hati menjelang pengumuman PPI AS hari ini.

Beli kuat: USDJPY

⏬ 🔴 Isyarat jual kuat: ETHUSD

⬆️ 🟢 Beli: Indeks USD, USDCAD, Nasdaq

⬇️ 🔴 Jual: DAX, FTSE 100, emas, BTCUSD

Bolehkah PPI AS mencetuskan semula kebimbangan terhadap inflasi?

Walaupun CPI berjaya meredakan jangkaan terhadap Fed yang hawkish buat sementara waktu, pengumuman Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS bagi bulan Ogos yang bakal tiba kelihatan mencabar pihak yang optimistik. Hal ini mungkin berkait dengan kenyataan berhati-hati daripada penggubal dasar Fed, serta harga minyak yang kebelakangan ini lebih rendah dan mungkin meningkat semula dari semasa ke semasa.

Selain PPI AS, tuntutan pengangguran mingguan dan data sentimen pengguna UoM pada hari Jumaat juga boleh membuatkan pihak yang menjangkakan USD akan melemah terus berwaspada.

Manfaatkan trend bersama Broker terbaik di Asia Pasifik. Kami menawarkan syarat dagangan yang menarik, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.

  • Bonus deposit 200%;
  • SPREAD SANGAT RENDAH bermula daripada 0 pip;
  • Saiz lot minimum yang lebih rendah;
  • Ganjaran IB yang tinggi sehingga 60% bahagian hasil, dan banyak lagi.

Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan yang paling menguntungkan bersama MTrading!

Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!