Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Rekod jangkitan harian tertinggi di China dan bantahan orang ramai terhadap dasar sifar COVID-19 telah meningkatkan sentimen penghindaran risiko pada awal pagi Isnin. Kesannya, Dolar AS berjaya melanjutkan penurunan pembetulan pada hari sebelumnya, manakala AUDUSD membuktikan statusnya sebagai barometer risiko.
Data Jualan Runcit Australia yang mengecewakan dan komen bernada pesimis daripada Gabenor RBA Philip Lowe menambah tekanan menurun pada pasangan Aussie.
Selain itu, NZDUSD mencatat penurunan kedua terbesar dalam kalangan pasangan mata wang, manakala minyak Brent mencatat paras terendah baharu tahun ini susulan sentimen yang suram. Namun begitu, USDJPY bergerak berlawanan arah aliran susulan hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah.
Mata wang kripto juga terus tertekan apabila penghindaran risiko mendorong pelabur mengalihkan dana daripada BTCUSD dan ETHUSD yang sudah pun bergelut, terutamanya selepas kegagalan FTX.
Berikut ialah pergerakan terkini aset utama:



Minggu yang merangkumi KDNK AS suku ketiga, Nonfarm Payrolls dan ucapan pertama Pengerusi Fed Jerome Powell selepas mesyuarat yang cenderung dovish itu sudah pun membuat pedagang berjaga-jaga, sebelum kebimbangan COVID mendorong penghindaran risiko. Tajuk berita mengenai pergolakan politik yang semakin meruncing di China dan Rusia turut menambah kebimbangan pasaran.
Pedagang di seluruh dunia mengimbas kembali permulaan pandemik COVID yang membawa kesukaran global, lalu beralih kepada Dolar AS untuk mencari aset selamat. Namun, hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah, terutamanya disebabkan kesediaan penggubal dasar Fed untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah, dilihat menguji kekuatan pembeli dolar.
AUDUSD mencatat penurunan terbesar dalam kalangan pasangan mata wang G10 apabila Jualan Runcit Australia mencatat penguncupan pertama pada 2022, manakala Lowe daripada RBA juga kelihatan bimbang. Selain itu, emas jatuh untuk hari kedua berturut-turut, sementara harga minyak mencatat paras terendah baharu tahun ini.
GBPUSD turut berdepan kebimbangan tambahan berhubung kemungkinan mogok pekerja sektor awam di seluruh negara, tetapi berjaya menahan tekanan penurunan di tengah-tengah jangkaan pendirian hawkish daripada BoE.
Di tempat lain, kebimbangan bahawa saham AS mungkin terus merosot dan kebankrapan FTX merupakan permulaan kepada kemerosotan yang lebih besar dilihat menekan harga BTCUSD dan ETHUSD.
Seterusnya, pemangkin risiko yang disebut tadi boleh mempengaruhi pergerakan pasaran jangka pendek, manakala beberapa ucapan oleh penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) dan Rizab Persekutuan (Fed) boleh memberikan panduan tambahan kepada pedagang. Yang paling utama, kebimbangan menjelang data dan acara penting minggu ini boleh mengekalkan keengganan terhadap risiko, kecuali jika kejutan positif muncul dari EU atau AS, atau kedua-duanya sekali — namun kemungkinan ini agak rendah.
Manfaatkan trend bersama Broker terbaik di Asia Pasifik. Kami menawarkan syarat dagangan yang menarik, perkhidmatan Copy Trade berkualiti tinggi dan program rujukan IB yang memenangi pelbagai anugerah.
Berdagang dengan selamat dan nikmati keadaan dagangan yang paling menguntungkan bersama MTrading!
Semoga tuah dagangan menyebelahi anda!