Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Apakah Pusat Graviti dan Bagaimana untuk Berdagang Menggunakannya?

Pusat graviti, yang juga dikenali dengan singkatan COG, ialah penunjuk teknikal yang digunakan oleh pedagang berpengalaman untuk meramalkan dan mengesan titik pembalikan yang berpotensi. Penunjuk ini dibangunkan oleh John Ehlers pada tahun 2002, bukan sahaja untuk mengesan titik pembalikan, tetapi juga untuk mengenal pastinya seawal mungkin.

None

Maksud pusat graviti merujuk kepada cara mengenal pasti titik pembalikan dengan lancar dan jelas tanpa gangguan. Dalam artikel ini, kami akan menjawab beberapa soalan asas. Apakah pusat graviti? Bagaimana cara mengiranya dan berdagang menggunakan penunjuk ini?

Maksud Pusat Graviti

Pusat graviti ialah salah satu penunjuk teknikal yang paling kerap digunakan dan popular dalam kalangan pedagang baharu dan profesional. Tujuan utama alat ini adalah untuk membantu pedagang menjangkakan potensi pergerakan harga dan trend serta memperoleh keuntungan apabila harga berbalik sebaik sahaja pembalikan berlaku, tanpa sebarang kelewatan. Keupayaan untuk bertindak balas dengan segera terhadap perubahan pasaran dan pergerakan harga ialah antara manfaat utama yang ditawarkan oleh penunjuk ini.

Namun begitu, kita perlu ingat bahawa pusat graviti ialah pengayun. Dengan kata lain, COG paling berkesan dalam pasaran yang bergerak dalam julat. Jika harga terus mengikut trend, penunjuk ini tidak berguna malah boleh berbahaya untuk digunakan.

Sebagai contoh: jika dibandingkan dengan RSI, COG tidak menunjukkan keadaan pasaran terlebih jual atau terlebih beli.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Cara Mengira Pusat Graviti

Apabila diplotkan pada carta, penunjuk COG membentuk dua garisan berdasarkan jumlah harga dalam tempoh masa tertentu. Isyarat beli dan jual dijana oleh purata bergerak penunjuk ini. Untuk mengira COG, pedagang menggunakan formula berikut:

None

Untuk menetapkan penunjuk ini, anda perlu melaraskan purata bergerak ringkas standard 3 tempoh bersama-sama harga penutupan bagi 10 tempoh. Walau bagaimanapun, sesetengah versi COG mungkin memerlukan tetapan yang sedikit berbeza, meskipun prinsip asasnya sentiasa sama.

Membaca dan Mentafsir Penunjuk Pusat Graviti

Seperti yang telah dibincangkan, alat ini menggunakan kaedah mudah yang berasaskan harga penutupan dalam beberapa tempoh terakhir untuk menjana isyarat dagangan yang jelas dan mudah difahami:

  1. Isyarat beli diberikan apabila garisan indikator melintasi garisan isyarat dari atas.
  2. Isyarat jual dijana apabila garisan COG melintasi garisan isyarat dari bawah.

Kelebihan utama COG ialah tiada sela masa antara penunjuk dengan harga. Dalam erti kata lain, pedagang dapat mengenal pasti titik perubahan sebaik sahaja ia berlaku.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.