Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Nisbah Risiko-Ganjaran – Panduan Lengkap untuk Pemula

Keupayaan untuk mengurus risiko dengan berkesan ialah kunci kejayaan dalam dagangan Forex. Strategi pengurusan risiko yang mantap membantu meminimumkan kerugian. Untuk memperhalus sistem pengurusan risiko yang berkesan, anda perlu memahami nisbah risiko-ganjaran bagi setiap dagangan. Nisbah ini membantu anda membuat keputusan yang lebih baik tentang langkah dan tetapan yang perlu diambil sambil berusaha mencapai keuntungan bersih maksimum.

None

Dalam panduan ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang konsep nisbah risiko-ganjaran dalam dagangan Forex. Kami akan membincangkan cara menggunakannya untuk mengurus risiko dagangan.

Mengapakah Pengurusan Risiko Penting dalam Dagangan Forex?

Dagangan Forex bukan sekadar tentang memenangi setiap dagangan. Ia memerlukan kemahiran khusus untuk meminimumkan kerugian dan mengurus risiko. Oleh itu, semakin berjaya anda mengehadkan kerugian, semakin berpengalaman dan mahir anda sebagai pedagang Forex.

Nisbah ini memberi anda peluang bukan sahaja untuk memenangi dagangan, malah meningkatkan keuntungan bersih, sekali gus menjadikan strategi Forex anda lebih berkesan dari segi pendapatan. Pada masa yang sama, purata kerugian adalah lebih kecil.

Apakah Nisbah Risiko-Ganjaran?

Nisbah risiko-ganjaran menunjukkan keupayaan pedagang memperoleh keuntungan bagi setiap sen yang dipertaruhkan dalam setiap dagangan. Secara ringkasnya, nisbah ini digunakan untuk mengukur potensi ganjaran dan risiko bagi setiap pesanan. Hasilnya, anda mempunyai data yang mencukupi untuk membandingkan setiap dagangan yang berpotensi secara objektif dan menetapkan strategi Forex anda dengan sewajarnya.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Contohnya, nisbah risiko-ganjaran 1:1 bermakna potensi kerugian anda sama besar dengan potensi keuntungan. Bukan hasil yang begitu baik, bukan? Sebab itulah kebanyakan pedagang menyasarkan nisbah risiko-ganjaran 1:3 atau lebih tinggi. Ini bermakna peluang untuk menang adalah tiga kali lebih tinggi daripada kebarangkalian untuk mengalami kerugian.

Pengiraan Nisbah Risiko-Ganjaran

Untuk membuat pengiraan nisbah risiko-ganjaran yang diperlukan, anda perlu mengetahui tiga faktor utama:

  1. Harga kemasukan.
  2. Harga sasaran anda.
  3. Satu henti rugi.

Perbezaan antara harga kemasukan dengan henti rugi bersamaan dengan jumlah yang akan anda rugi jika dagangan terkena stop out. Sebaliknya, perbezaan antara harga sasaran dengan harga kemasukan bersamaan dengan potensi ganjaran anda. Itulah jumlah keuntungan yang akan anda peroleh jika semuanya berjalan lancar mengikut rancangan.

Cara Berdagang dengan Mengambil Kira Nisbah Risiko-Ganjaran

Apabila menggunakan nisbah risiko-ganjaran sebagai sebahagian daripada strategi Forex, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting:

  1. Pastikan nisbah risiko-ganjaran anda realistik.
  2. Gunakan nisbah yang setepat mungkin.
  3. Tentukan henti rugi dan harga sasaran terlebih dahulu.
  4. Gunakan nisbah risiko-ganjaran 1:3 atau lebih tinggi.

Petua Menganalisis Nisbah Risiko-Ganjaran seperti Profesional

Nisbah ini bukan satu-satunya faktor yang perlu dipertimbangkan. Jika anda mahu memastikan hasil yang positif bagi setiap dagangan, anda perlu mengambil kira faktor penting yang lain. Kadar kemenangan ialah salah satu daripadanya dan berkait rapat dengan nisbah risiko-ganjaran.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan keseimbangan yang tepat antara kedua-dua faktor ini. Sesetengah pedagang baharu tersilap menganggap bahawa pedagang yang berjaya mempunyai kadar kemenangan sekurang-kurangnya 80%. Ini tanggapan yang lazim tetapi salah. Sebenarnya, anda masih boleh berjaya walaupun kadar kemenangan anda hanya 40%. Apa yang penting ialah mengetahui cara mengurus risiko menggunakan penunjuk teknikal seperti paras sokongan dan rintangan.

Petua berikut mungkin berguna:

  • Tetapkan harga sasaran berdasarkan paras rintangan dan penunjuk teknikal lain penunjuk teknikal.
  • Letakkan henti rugi di bawah paras sokongan.
  • Sentiasa analisis dagangan anda yang terdahulu. Teliti perkembangannya atau sama ada dagangan tersebut gagal mengambil kira sasaran harga dan pesanan henti rugi anda yang terdahulu.
  • Kekalkan nisbah risiko-ganjaran pada tahap yang munasabah dan sentiasa patuhi pelan dagangan.
  • Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cuba pastikan pendekatan dagangan anda realistik. Contohnya, jika anda menetapkan henti rugi pada $164 bagi setiap saham Apple dengan nisbah risiko-ganjaran 1:15, dagangan anda berkemungkinan besar akan terkena stop out sebelum mencapai sasaran harga. Selain itu, ambil kira volatiliti apabila menetapkan pesanan henti rugi.

Pedagang mesti sentiasa mempertimbangkan jumlah wang yang sanggup mereka risikokan. Mereka perlu membandingkannya dengan nisbah risiko-ganjaran semasa dan menentukan saiz posisi yang paling sesuai. Oleh itu, kunci kejayaan ialah memilih saiz posisi yang membuatkan anda berasa selesa dengan potensi keuntungan dan kerugian.

Kesimpulannya

Nisbah risiko-ganjaran ialah alat untuk mengukur secara objektif jumlah yang boleh anda peroleh atau rugi bagi setiap dagangan. Alat ini boleh digunakan untuk membandingkan pendekatan dagangan yang berbeza dan melaraskannya sewajarnya. Selain itu, nisbah ini membantu melaksanakan strategi pengurusan risiko yang berkesan dan menetapkan matlamat dagangan yang realistik.

Untuk berdagang dengan jayanya menggunakan nisbah risiko-ganjaran, anda perlu memilih saiz posisi yang sesuai dan menggunakan penunjuk teknikal untuk menentukan sasaran harga serta henti rugi yang tepat. Satu lagi petua penting ialah mengetepikan emosi dan terus berdagang mengikut pelan walau apa pun yang berlaku.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.