Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

7 Sebab untuk Menggunakan Carta Tick dalam Dagangan Harian Forex

Dengan begitu banyak jenis carta Forex, pedagang harian boleh memilih carta yang sesuai dengan strategi Forex mereka. Carta tick semakin popular. Carta ini memberikan lebih banyak perspektif berbanding carta tradisional. Selain itu, apabila digunakan bersama carta berasaskan masa yang lain, carta ini dapat meningkatkan pendekatan dagangan anda.

None

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan carta tick dan sebab carta ini digunakan dalam teknik dagangan harian Forex.

Penerangan tentang carta tick

Carta tick menunjukkan bilangan urus niaga tertentu antara penjual dengan pembeli. Bilangan urus niaga menentukan cara bar dipaparkan pada carta. Ringkasnya, setiap bar mewakili bilangan dagangan yang telah ditetapkan.

Katakan kita mempunyai carta 200 tick dengan setiap bar mewakili 200 dagangan. Setelah 200 dagangan selesai, carta akan memaparkan bar yang baharu. 200 dagangan itu boleh menjadi sebahagian daripada satu kontrak antara pembeli dengan penjual, atau ratusan kontrak berasingan antara peserta pasaran yang berlainan.

Bilangan kontrak dalam satu urus niaga (1, 100 atau 500) tidak penting. Pembentukan tick baharu pada carta mewakili bilangan dagangan, bukannya bilangan kontrak. Ini merupakan aspek yang sangat penting dalam konsep carta Forex jenis ini.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Carta tick yang lazim digunakan

Carta tick tidak memerlukan elemen masa. Oleh itu, pedagang sering menggunakannya bersama corak berasaskan masa. Perbezaan utamanya ialah carta biasa selalunya mempunyai pilihan yang terhad, daripada M1 hingga W1.

Sebaliknya, carta tick boleh menggunakan tetapan tersuai. Pedagang boleh memilih carta 50, 100, 500 atau 1,000 tick. Selain itu, jika anda menggunakan nombor Fibonacci, anda boleh menetapkan parameter tick yang lain (21, 34, 55, 89 dan sebagainya):

  1. Jika anda lebih aktif dalam dagangan harian Forex, anda mungkin akan menggunakan carta 1,000 atau 2,000 tick.
  2. Scalper biasanya lebih suka menggunakan carta 34 atau 50 tick.

Pedagang yang berbeza menggunakan pendekatan dan strategi Forex yang berbeza. Ini juga bermakna mereka menggunakan bilangan tick yang berbeza. Jadi, anda perlu menentukan bilangan yang sesuai untuk anda melalui ujian semula.

Manfaat utama menggunakan carta tick

Sekarang, mari kita lihat bagaimana carta tick boleh meningkatkan strategi dagangan harian anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, carta ini memberikan lebih banyak fleksibiliti, tetapi masih perlu dibandingkan dengan carta berasaskan masa semasa dikonfigurasikan.

Berikut ialah kelebihan utama menggunakan carta tick.

1. Mengurangkan hingar pasaran

Sebagai carta yang berasaskan urus niaga, carta tick mengurangkan hingar pasaran. Hingar ini boleh mengalih perhatian pedagang daripada keadaan sebenar pasaran. Selain itu, hingar pasaran sering menyebabkan isyarat disalah tafsir.

Semakin tinggi hingar pasaran, semakin rumit keputusan yang perlu anda buat. Pedagang mula hilang tumpuan terhadap faktor yang sangat penting.

Carta tick memampatkan tempoh aktiviti pasaran yang rendah. Daripada menghasilkan berpuluh-puluh candlestick yang tidak berguna, carta ini memaparkan kira-kira 15 candlestick yang relevan.

2. Analisis volatiliti yang lebih baik

Carta hanya akan membentuk bar apabila terdapat urus niaga yang mencukupi antara penjual dengan pembeli. Ringkasnya, kita dapat melihat bar tersebut berubah secara automatik mengikut keadaan pasaran.

Jika pasaran aktif, kita akan melihat lebih banyak bar, yang juga bermakna volatiliti semakin meningkat. Keadaan ini biasanya berlaku apabila pasaran dibuka. Apabila bilangan urus niaga menurun, volatiliti juga menurun. Kita akan melihat lebih sedikit bar pada carta.

3. Ayunan yang Lebih Jelas

Ayunan harga lebih mudah dikenal pasti kerana pedagang tidak perlu berdepan dengan himpunan beberapa batang lilin kecil. Selain itu, carta tick memberikan lebih banyak maklumat ketika pasaran tidak menentu. Carta berasaskan masa hanya memaparkan satu batang lilin yang panjang, manakala carta tick menunjukkan beberapa batang lilin yang lebih kecil.

4. Gambaran Penembusan yang Lebih Baik

Carta tick membolehkan pedagang mengenal pasti penembusan dengan lebih pantas. Carta ini memberi peluang yang lebih baik untuk membuka pelbagai posisi dengan lebih cepat dan pada paras harga yang lebih menguntungkan.

5. Isyarat yang Tepat

Dengan carta tick, pedagang boleh menjana isyarat dagangan yang lebih tepat daripada pelbagai indikator Forex. Apabila gangguan pasaran berkurangan, isyarat yang dijana menjadi lebih relevan.

Selain itu, apabila pasaran sangat tidak menentu, indikator berasaskan masa biasanya tidak menunjukkan gambaran penuh. Dalam keadaan ini, anda mungkin memerlukan isyarat yang lebih baik daripada carta tick.

6. Pengukuran Volum yang Lebih Baik

Apabila harga bergerak, kita ingin mengetahui sejauh mana pergerakan itu kuat atau lemah. Indikator volum membantu anda memahami keadaan dengan lebih baik. Walaupun setiap bar menunjukkan bilangan urus niaga yang sama, peningkatan volum mungkin menandakan kehadiran apa yang dipanggil sebagai smart money.

Untuk memanfaatkan keadaan ini sepenuhnya, sebaik-baiknya gunakan carta tick bersama indikator berasaskan volum. Indikator ini membantu anda mengelakkan pergerakan yang lemah dan menyertai pergerakan yang kuat.

7. Pesanan Henti Rugi yang Lebih Ketat

Data tambahan yang dijana oleh carta tick boleh digunakan untuk menetapkan pesanan henti rugi yang lebih ketat dan tepat. Teknik ini amat berkesan ketika harga bergerak pantas atau pasaran sangat tidak menentu.

Kesimpulannya

Carta tick ialah alat yang berguna untuk membawa strategi Forex anda ke tahap yang lebih baik. Carta ini membantu pedagang mengelakkan gangguan pasaran dan menjana isyarat dagangan yang lebih tepat.

Apabila digunakan bersama indikator berasaskan volum, carta tick membolehkan pedagang menggunakan alat pengurusan risiko yang lebih berkesan dengan pesanan henti rugi yang lebih ketat. Namun begitu, carta ini tetap memerlukan penyusunan dan ujian semula yang betul bagi memastikan semuanya berfungsi dengan lancar.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.