Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Perbezaan antara stock dengan share adalah kecil. Sebab itulah perbezaan ini sering terlepas pandang oleh pemula. Di satu pihak, kedua-dua istilah ini boleh digunakan secara bertukar ganti kerana merujuk kepada perkara yang sama, tanpa mengira tujuan dan maksudnya. Di pihak yang lain, perbezaan antara share dengan stock menjadi penting dari segi ketepatan undang-undang dan penggunaan istilah.

Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan perbezaan antara share dengan stock melalui contoh untuk menyokong idea utama dan menerangkan cara pemilikan syarikat oleh pelabur boleh dihuraikan dengan mudah.
Untuk memudahkan pemahaman sejak awal, kita perlu melihat dengan lebih dekat perbezaan antara saham (stock) dengan unit saham (share), kerana perkara ini nampaknya menjadi punca utama kekeliruan dalam kalangan pelabur baharu. Perbezaan utamanya ialah stock merangkumi konsep yang lebih luas berbanding share, walaupun kedua-duanya merujuk kepada unit pemilikan tertentu dalam syarikat:



Dengan kata lain, unit saham menunjukkan saiz pelaburan dengan tepat, manakala saham ialah konsep yang lebih luas dan hanya boleh ditentukan dengan menggunakan unit saham.
Contoh: anda boleh berkata, “Saya memiliki saham Tesla” atau “Saya memiliki tiga unit saham Tesla”.
“Pegangan” ialah satu lagi istilah yang perlu difahami untuk menjelaskan perbezaan antara saham dengan unit saham. Istilah ini menunjukkan jumlah (bukan bilangan) saham yang dimiliki seseorang dalam sebuah syarikat. Dengan kata lain, pegangan menunjukkan peratusan tepat saham yang anda miliki dalam sesebuah perbadanan.
Sebaliknya, istilah ini bukan hanya merujuk kepada saham. Istilah ini juga boleh digunakan dalam konteks lain. Secara umum, istilah ini digunakan untuk menerangkan pemilikan sebahagian.
Contoh: katakanlah anda memutuskan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dan melabur dalam saham. Anda berdua mempunyai peratusan pemilikan tertentu, yang bermakna anda berdua memiliki harta walaupun tanpa struktur saham yang formal.
Contoh pegangan lain boleh merujuk kepada sebahagian daripada perniagaan yang diberikan oleh syarikat sebagai balasan kepada pelaburan.
Perbezaan antara saham dengan unit saham sukar dikenal pasti oleh pelabur baharu. Kedua-dua istilah ini sering dianggap boleh saling menggantikan, sekali gus mengelirukan mereka yang kurang berpengalaman. Namun begitu, kedua-duanya berbeza apabila digunakan untuk menerangkan jenis pemilikan dalam syarikat yang dipilih untuk pelaburan. Unit saham merujuk kepada unit pemilikan yang kecil tetapi boleh dihitung, manakala saham menggambarkan pemilikan pelabur secara lebih luas yang boleh ditukar menjadi pendapatan atau dividen.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.