Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.

Dengan memahami istilah utama dalam dagangan Forex, anda akan mempunyai bahan rujukan yang boleh dirujuk semula pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan anda daripada melayari puluhan laman web dan glosari, kami telah menghimpunkan istilah asas dagangan Forex dalam satu artikel. Penerangannya disediakan dengan cara yang mudah difahami oleh pemula. Anda hanya perlu mempelajari sebanyak mungkin dan mula berdagang.
Kebanyakan pemula menyangka bahawa pasaran kewangan hanyalah dunia indah yang memberi setiap orang peluang untuk mendapat habuan. Namun, itulah bukan cara pasaran berfungsi. Forex ialah pasaran yang tertakluk pada prinsip kewangan dan ekonomi yang ketat.
Forex ialah sejenis bidang ilmu yang mempunyai peraturan, istilah dan teknik tersendiri untuk menjana pendapatan. Seperti bidang ilmu yang lain, teknik-teknik ini tidak mungkin dikuasai tanpa melalui proses pembelajaran. Dengan mengetahui istilah asas dagangan Forex, anda tidak akan berasa kekok sebaik sahaja memasuki platform dagangan.
Untuk memulakan dagangan dengan baik dan lancar, sekurang-kurangnya anda perlu mempelajari perkara berikut:
Sekarang, mari kita teliti dengan lebih lanjut semua istilah dagangan Forex yang dinyatakan di atas.
Inilah istilah pertama yang akan anda temui apabila mula berdagang. Istilah ini merujuk kepada proses berdagang mata wang. Ini bermakna pedagang membeli dan menjual satu mata wang berbanding mata wang lain.

Contohnya, katakan anda mempunyai sejumlah USD. Anda ingin membeli EUR menggunakan sebahagian daripada dolar yang anda miliki. Maka, pasangan mata wangnya ialah EUR/USD. Mata wang pertama (EUR) ialah mata wang yang ingin anda beli. Mata wang ini juga dikenali sebagai mata wang asas. Mata wang kedua (USD) ialah mata wang yang anda miliki. Mata wang ini dipanggil mata wang sebut harga. Apabila membeli aset, anda perlu membayar jumlah mata wang sebut harga yang diperlukan untuk menampung nilai 1 unit mata wang asas.
Matlamat utamanya ialah untuk mendapatkan harga terbaik yang mungkin bagi membeli atau menjual aset. Dalam urusan membeli, bid merujuk kepada harga yang dinanti-nantikan oleh setiap pedagang. Apabila kita menyebut “terbaik”, maksudnya ialah harga tertinggi yang sanggup dibayar oleh pedagang.
Tidak seperti bid, Ask ialah harga terbaik yang mungkin untuk menjual aset. Oleh itu, apabila kita menyebut “harga ask”, maksudnya ialah harga terendah bagi aset yang disasarkan oleh broker untuk dijual.



Istilah yang digunakan untuk menggambarkan pergerakan harga yang paling kecil. Apabila istilah ini merujuk kepada pasangan mata wang atau harga aset tertentu, maksudnya ialah tempat perpuluhan keempat.
Contoh: katakan anda mahu berdagang pasangan EUR/USD pada harga permulaan 5.0031. Harga kemudian naik ke paras 5.0036. Ini bermakna harga telah meningkat sebanyak 5 pip (36 – 31 = 5).
Spread ialah perbezaan antara harga bid dengan harga ask. Semakin besar perbezaan itu, semakin tinggi hasil yang diperoleh broker.
Kini, kita sudah mempelajari cukup banyak untuk mula berdagang. Istilah berikut lazim digunakan dalam dagangan Forex sebenar. Anda perlu mengetahuinya untuk memulakan proses dan mula berdagang.
Dalam bahagian ini, kita akan menerangkan istilah Forex yang berkaitan dengan pembukaan dan penutupan posisi. Apabila pedagang memasuki pasaran untuk membeli atau menjual aset, posisi telah dibuka. Jika anda mahu keluar daripada pasaran, anda menutup posisi tersebut. Istilah dagangan utama di sini ialah:
Nampak mudah, bukan? Namun, keadaan boleh berubah dengan cepat, terutamanya dalam keadaan pasaran yang tidak menentu seperti hari ini. Dalam keadaan sedemikian, antara alat yang boleh membantu pedagang baharu ialah:
Teknik dagangan ini membolehkan pedagang menetapkan paras kerugian bagi sesuatu posisi. Apabila paras itu dicapai, pesanan akan ditutup secara automatik. Alat ini mungkin berguna sekiranya berlaku pergerakan harga yang tidak dijangka. Harga kerap bergerak bertentangan dengan arah dagangan.

Satu lagi alat berkesan untuk mengelakkan pedagang baharu mengalami kerugian besar secara tiba-tiba. Alat ini digunakan untuk menetapkan harga tertentu bagi merealisasikan keuntungan dengan segera. Kelebihannya, harga sasaran boleh ditetapkan terlebih dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
Memilih strategi dagangan yang tepat sangat penting. Namun, menentukan gaya dagangan anda lebih penting lagi. Gaya dagangan anda bergantung pada keupayaan anda meramalkan pergerakan harga dan pasaran. Jadi, anda perlu menentukan sama ada anda "bull" atau "bear".
Jika anda percaya pasaran akan meningkat dalam jangka pendek atau panjang, anda ialah bull. Pedagang yang "bullish" menjangkakan harga akan meningkat dengan cepat dalam masa terdekat. Bull biasanya bertarung dengan tanduk menghala ke atas (taktik ini dikaitkan dengan kenaikan pasaran).
Jika anda percaya pasaran dan harga akan jatuh, anda ialah bear. Istilah ini merujuk kepada cara beruang liar bertarung. Beruang biasanya menghayunkan cakarnya ke bawah ketika cuba menewaskan lawan. Pergerakan ini menggambarkan kemungkinan kejatuhan pasaran. Dalam keadaan ini, strategi jualan pendek mungkin sesuai. Ketahui lebih lanjut tentang jualan pendek.
Kita telah mempelajari beberapa istilah asas Forex untuk pemula. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan terpinga-pinga melihat istilah baharu. Teruskan belajar dan semoga berjaya! Ikuti pangkalan pengetahuan komprehensif kami.
Baca juga tentang:
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.