Scan & Get our app!
Get our app!
Download our app and stay connected on the go.
Scan & Get our app!
Scan QR-code to download our app and stay connected on the go.
Jika anda baharu dalam pasaran kewangan, membuka akaun demo untuk dagangan saham ialah peluang yang baik untuk mengasah kemahiran. Akaun ini menawarkan pengalaman dagangan yang menyeluruh tanpa risiko, membolehkan pedagang baharu merangka strategi yang berpotensi berjaya tanpa kehilangan wang sebenar.

Selain itu, akaun demo saham memberikan akses kepada semua instrumen kewangan utama serta platform dagangan, berita & analisis, dan sumber dalaman lain yang disediakan secara langsung oleh broker pilihan anda. Dalam ulasan ini, kami akan menerangkan cara membuka akaun demo saham dengan MTrading dan bagaimana akaun ini mungkin membantu anda berdagang dengan jayanya pada masa hadapan menggunakan dana sebenar.
Dengan akaun demo untuk dagangan saham, anda boleh menggunakan simulator dagangan yang dilengkapi dengan pelbagai ciri. Banyak broker menawarkan fungsi ini supaya pedagang baharu dapat menguji sistem dalam keadaan pasaran sebenar dan menentukan sama ada sistem itu sesuai dengan gaya dagangan mereka, tanpa risiko kehilangan wang sebenar.
Dengan akaun demo, anda boleh berdagang bukan sahaja saham, malah instrumen dan aset kewangan lain seperti emas, komoditi, Forex, CFD, niaga hadapan minyak dan sebagainya. Perbezaan utamanya ialah anda tidak perlu membuat deposit wang sebenar pada awalnya. Pada masa yang sama, anda berpeluang menguji kemahiran dalam keadaan pasaran sebenar. Ini peluang yang sangat baik untuk memperhalus strategi anda.
Jika tidak memerlukan wang, bagaimana anda boleh berdagang? Akaun demo untuk dagangan saham menggunakan dana maya atau simulasi. Selebihnya sama seperti dalam akaun Langsung. Anda mendapat akses penuh kepada platform dagangan serta analisis terbina dalam dan penunjuk teknikal untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang pasaran kewangan dan membuat keputusan dengan pantas.
Di satu pihak, akaun demo dagangan percuma memberi anda peluang untuk menguji sistem serta menilai kemudahan penggunaan dan syarat broker. Di pihak yang lain, akaun ini memberi peluang untuk merasai pengalaman dalam pasaran kewangan dan menentukan sama ada dagangan sesuai untuk anda. Sebelum membuat keputusan, berikut ialah beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan:



Itulah beberapa perkara asas yang perlu anda ambil kira. Tidak kira broker yang anda pilih untuk berdagang, pastikan anda membaca semua Terma dan Syarat dengan teliti sebelum membuka akaun demo pasaran saham. Sekarang, mari kita lihat beberapa manfaat utama untuk pedagang baharu.
Dengan keupayaan akaun demo untuk mensimulasikan dagangan sebenar, pedagang baharu mendapat alat latihan menyeluruh tanpa sebarang kos. Satu-satunya perbezaan berbanding akaun Langsung ialah anda tidak menggunakan wang sebenar, yang bermakna tiada keuntungan sebenar juga.
Sebab utama untuk memulakan dagangan dengan akaun demo adalah seperti berikut:
Dengan MTrading, anda akan menikmati keadaan pasaran terbaik dengan 0 pip, leveraj 1:1000 dan lebih daripada 100 instrumen kewangan untuk didagangkan. Kami menawarkan peluang yang baik untuk bermula dengan akaun demo tanpa risiko. Untuk bermula, anda hanya perlu melengkapkan beberapa langkah mudah.
Layari halaman utama MTrading dan klik butang "Buka akaun". Laman web ini menyediakan sokongan berbilang bahasa dan alat mudah untuk menukar bahasa.

Sistem ini menawarkan tiga jenis utama akaun dagangan, iaitu akaun Rakan Kongsi, Langsung dan Demo. Pilih "Demo" dan teruskan ke peringkat seterusnya.

Pada peringkat ini, anda perlu memasukkan nama penuh. Sistem ini juga memerlukan kod negara dan nombor telefon anda. Buka menu lungsur dan pilih rantau anda daripada senarai.

Jika semuanya dilakukan dengan betul, anda akan melihat mesej yang memaklumkan bahawa pendaftaran berjaya. Anda hanya perlu menyemak peti masuk untuk mendapatkan surat alu-aluan daripada MTrading dan pautan untuk mengesahkan alamat e-mel serta mengaktifkan akaun demo dagangan anda.

Akhir sekali, anda akan berada di ruang pedagang dengan papan pemuka lengkap bersepadu, statistik transaksi, tetapan akaun dan konfigurasi lain yang mungkin berguna. Di sini, anda juga boleh memuat turun platform MT4 atau mengakses sumber dan instrumen lain yang disediakan oleh MTrading.

Kini, anda boleh mula berdagang tanpa risiko kehilangan wang. Apabila anda bersedia untuk meraih kemenangan besar dan membuat dagangan yang berjaya, anda boleh beralih kepada akaun Langsung atau menjadi rakan kongsi MTrading dengan satu klik.
*Sila ambil perhatian bahawa keadaan dagangan akaun demo mungkin berbeza mengikut jenis akaun. Instrumen yang tersedia untuk didagangkan oleh pengguna M.Premium dan M.Pro adalah berbeza. Pastikan anda membaca semua ciri-ciri jenis akaun terlebih dahulu.
Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.