Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Maksud dan teori PPP untuk pemula

Sebelum mengetahui maksud PPP, kita perlu memahami apakah itu PPP. Singkatan ini merujuk kepada pariti kuasa beli. PPP ialah teori ekonomi popular yang membolehkan tahap kesihatan ekonomi dua buah negara yang berasingan dinilai dan dibandingkan. Dengan kata lain, teori ini merupakan alat untuk menjalankan analisis ekonomi mendalam berdasarkan maklumat dan data kewangan tertentu. Teori PPP dalam ekonomi boleh mempunyai beberapa jenis, bergantung pada cara teori ini digunakan dalam pasaran kewangan.

None

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan maksud PPP dan cara menggunakan teori pariti kuasa beli semasa berdagang pelbagai aset.

Definisi teori pariti kuasa beli

Falsafah utama teori PPP berasaskan idea bahawa semua negara menggunakan mata wang yang sama. Dalam keadaan ini, pengiraan PPP dapat membantu menentukan harga pelbagai barangan di rantau yang berbeza. Hasilnya, teori ini membolehkan pedagang mengira kadar pertukaran mata wang yang menunjukkan kuasa beli mata wang lain.

Selain itu, versi asal teori pariti kuasa beli mengandaikan bahawa harga semua perkhidmatan dan produk di semua negara perlu diselaraskan. Konsep ini masih digunakan hari ini, tetapi dalam bentuk yang agak berbeza bergantung pada cara anda ingin mengaplikasikan teori tersebut.


Nota: seiring perkembangan pesat perdagangan antarabangsa, pengguna berpeluang mencari harga terbaik ketika membeli-belah di seluruh dunia. Mereka mempunyai masa dan alat yang mencukupi untuk membandingkan pelbagai pilihan, yang akhirnya membawa kepada kuasa beli yang sama atau “pariti” bagi semua orang.


Bagaimanakah teori PPP berfungsi?

Mengapakah teori PPP perlu digunakan? Hal ini bergantung pada bidang pengkhususan. Ahli ekonomi biasanya menggunakannya untuk membandingkan:

  1. Keluaran ekonomi negara yang berbeza.
  2. Mengenal pasti ekonomi terbesar dan paling berkuasa di dunia.
  3. Mendapatkan gambaran menyeluruh tentang keadaan ekonomi sesetengah negara.

Selain itu, kadar ini amat berguna kepada pemegang saham dan bon serta pelabur kerana mereka dapat meramalkan turun naik. Kadar ini juga berguna kepada pedagang mata wang apabila mereka perlu mengenal pasti kelemahan mata wang tertentu.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Konsep PPP dalam ekonomi

Pakar biasanya membahagikan teori ini kepada dua konsep yang berbeza:

  • Pariti Kuasa Beli Mutlak (APPP) – konsep asas dalam teori PPP yang menunjukkan dua bakul barangan mempunyai nilai yang sama selepas kedua-dua mata wang ditukar. Apabila menggunakan konsep ini, pakar biasanya menukar mata wang global kepada USD.
  • Pariti Kuasa Beli Relatif (RPPP) – konsep ini merupakan versi lanjutan daripada konsep sebelumnya. Perbezaan utamanya ialah RPPP mengambil kira bagaimana nilai pengeluaran yang sama menjadi seimbang dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, konsep ini mencadangkan wujudnya hubungan antara kadar pertukaran mata wang dengan inflasi.

Cara menggunakan teori pariti kuasa beli

Secara umum, PPP merujuk kepada sekumpulan kadar makroekonomi yang membolehkan taraf hidup dan produktiviti ekonomi negara yang berbeza diukur dan dibandingkan. Oleh itu, PPP biasanya diselaraskan dengan KDNK.

Pada masa yang sama, pedagang dan pelabur boleh menggunakan teori ini dengan pelbagai cara lain sebagai alat untuk memproses pelbagai jenis data sosioekonomi. Contohnya, pedagang mungkin menggunakannya untuk meramalkan pergerakan pasaran kewangan. Ahli ekonomi pula dapat mengukur tahap kemiskinan global dan beberapa parameter lain.

Teori PPP dalam Forex

Sebagai pedagang, anda mungkin memerlukan teori PPP untuk membuat penilaian dan ramalan jangka panjang bagi pasangan mata wang. Contohnya, kadar PPP boleh membantu anda mengenal pasti potensi arah pergerakan pasangan mata wang, sekali gus membolehkan anda membuat keputusan sama ada hendak membeli atau menjual aset tersebut.

Namun begitu, pedagang tidak sepatutnya bergantung pada PPP semata-mata. Strategi dagangan anda tidak boleh terhad kepada teori pariti kuasa beli. Teori ini hanya menggambarkan idea tentang kesamaan harga dan tidak menjamin penilaian yang tepat. Dalam keadaan ini, anda mungkin memerlukan alat tambahan seperti maklumat pasaran dan analisis asas.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.