Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Kadar pertukaran tetap dalam dagangan Forex: kelebihan dan kekurangan

Dagangan Forex sangat bergantung pada pelbagai faktor luaran dan berita. Faktor-faktor ini menentukan pergerakan harga mata wang. Pedagang perlu mengambil kira pelbagai faktor dan langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengawal ekonomi. Kadar pertukaran tetap ialah langkah yang diambil oleh bank pusat untuk memautkan kadar pertukaran rasmi mata wang kepada harga emas atau kadar pertukaran mata wang negara lain.

None

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana kadar pertukaran tetap boleh mempengaruhi kejayaan strategi Forex anda. Kita juga akan mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan dan kekurangannya bagi pedagang.

Definisi kadar pertukaran tetap

Biasanya, bank pusat menggunakan alat ini untuk mengekalkan nilai mata wang dalam julat yang lebih sempit. Dalam ekonomi, kadar pertukaran tetap dipautkan kepada harga emas atau mata wang utama negara lain. Biasanya, kadar ini tidak dibenarkan berubah. Dalam erti kata lain, jika kadarnya ialah $1 = €1, kadar itu akan kekal sama dalam negara tersebut sehingga kerajaan membatalkan langkah ini.

Dalam sesetengah keadaan, sistem kadar pertukaran tetap boleh memberikan manfaat kepada ekonomi sesebuah negara. Namun begitu, pedagang forex akan berdepan dengan halangan dan cabaran tertentu dalam usaha mengurus kewangan dengan berjaya.

Jadi, mari kita lihat kelebihan dan kekurangan utama yang boleh dibawa oleh kadar pertukaran tetap kepada dagangan forex.

Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Kelebihan Sistem Kadar Pertukaran Tetap

Dasar ini memberikan beberapa kelebihan kepada kerajaan. Dasar ini terbukti berkesan untuk menstabilkan mata wang dalam negara. Hasilnya, perniagaan daripada pelbagai saiz akan lebih mudah berkembang, membuat perancangan dan maju.

Satu lagi kelebihannya ialah negara boleh meminjam wang. Pelabur tahu dengan tepat jumlah yang boleh diperoleh dalam mata wang asing. Akhir sekali, rakyat berasa lebih yakin terhadap mata wang mereka. Hal ini membantu menarik lebih ramai pelabur, merancakkan ekonomi dan mengembangkan perdagangan.

Selain itu, sistem kadar pertukaran tetap mempunyai kelebihan berikut:

  1. Pengurangan turun naik mata wang. Sama ada anda berdagang forex sebagai pelabur jangka panjang atau jangka pendek, kadar pertukaran tetap ialah alat yang berkesan untuk mengelakkan turun naik mata wang. Kadar itu sentiasa sama tanpa mengira keadaan pasaran, sekali gus memudahkan anda membuat ramalan dengan lebih jelas. Prestasi pasaran tidak mengubah hakikat ini. Anda berpeluang mengekalkan kuasa beli meskipun berlaku perubahan yang tidak dijangka. Satu lagi faktor penting ialah sistem kadar pertukaran tetap tidak membuka ruang untuk arbitraj (mengambil kesempatan daripada perbezaan harga dalam dua pasaran berbeza), yang merupakan langkah perlindungan penting.
  2. Pelaburan yang digalakkan. Dengan sistem kadar pertukaran tetap, sesebuah negara menjadi lebih stabil berbanding ekonomi yang menggunakan kadar terapung. Keadaan ini menarik lebih ramai bakal pelabur. Mata wang tempatan yang dipautkan kepada mata wang negara lain mewujudkan kestabilan bagi perniagaan. Pada masa yang sama, pelabur sentiasa mengetahui nilai mata wang mereka dalam tempoh tertentu.
  3. Inflasi yang lebih rendah. Apabila mata wang tempatan dipautkan kepada mata wang negara lain, inflasi dapat dibendung daripada terus meningkat. Selain itu, kerajaan berpeluang mengawal harga barangan dan perkhidmatan supaya kekal mampu dibeli oleh rakyat tanpa mengira pendapatan mereka. Hasilnya, ekonomi menjadi lebih kukuh dan terus berkembang.

Kekurangan Sistem Kadar Pertukaran Tetap

Walaupun mempunyai pelbagai manfaat, kadar pertukaran tetap menandakan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ekonomi negara. Salah satu kekurangan utamanya ialah kemungkinan berlakunya inflasi tinggi yang dibuat-buat dari semasa ke semasa. Selain itu, sesetengah negara akan menghadapi kesukaran untuk menyelaraskan nilai mata wang mereka dengan kadar mata wang negara lain, khususnya dari segi harga barangan dan perkhidmatan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kos import atau eksport meningkat. Dengan kata lain, sesebuah negara mungkin menjual barangan pada harga yang lebih rendah daripada jangkaan. Kekurangan lain kadar pertukaran tetap termasuk:

  1. Fleksibiliti yang berkurangan. Kadar tetap mengehadkan fleksibiliti yang mungkin diperlukan oleh sesebuah negara untuk mengambil langkah ekonomi tertentu. Contohnya, negara dengan ekonomi yang lemah mungkin tiada pilihan selain menurunkan nilai mata wangnya untuk meningkatkan eksport. Akibatnya, inflasi meningkat dan pembangunan ekonomi merosot. Keadaan ini juga boleh menyebabkan defisit perdagangan serta pelbagai masalah kewangan lain.
  2. Kadar faedah yang lebih tinggi. Untuk mengawal mata wang dan memastikan kestabilannya, sesebuah negara perlu menaikkan kadar faedah. Akibatnya, perniagaan akan lebih sukar untuk meminjam wang, terutamanya dalam mata wang asing, sementara aliran wang boleh dihadkan oleh bank pusat. Rakyat pula akan berdepan dengan kenaikan harga yang mendadak dan tidak mampu membeli produk asing yang mahal.
  3. Kawalan terhadap nilai mata wang yang terhad. Kadar tetap menyukarkan usaha untuk mengawal nilai mata wang dan mengekalkan kestabilannya. Nilai mata wang tempatan berkemungkinan besar merosot jika berlaku defisit wang yang besar. Akibatnya, harga import meningkat manakala eksport menjadi lebih murah, lalu menimbulkan masalah ekonomi yang lebih serius.

Mari kita lihat secara ringkas jadual yang menunjukkan kelebihan dan kekurangan utama sistem kadar pertukaran tetap:

Pros Cons
Reduced currency fluctuation Does not meet macroeconomic goals
Investment promotion Reduced flexibility
Lowered inflation Requires higher interest rates

Kesimpulannya

Sistem kadar pertukaran tetap ialah alat untuk mengekalkan kestabilan nilai mata wang dan ekonomi. Sistem ini membantu menghapuskan ketaktentuan dan mengurangkan turun naik. Langkah-langkah ini boleh memberikan manfaat kepada perniagaan yang berusaha pulih selepas kemelesetan. Selain itu, kadar tetap menjadikan urus niaga lebih mudah diramal, yang amat penting ketika ekonomi dan pasaran tidak menentu.

Namun begitu, sistem ini mengehadkan fleksibiliti ekonomi untuk mengambil langkah tertentu dan menyesuaikan nilai mata wang. Selain itu, sistem ini boleh menyebabkan defisit mata wang, import yang mahal dan eksport yang murah, sekali gus menyukarkan negara mengekalkan perdagangan antarabangsa.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.