Scan & Get our app!

Get our app!

Download our app and stay connected on the go.

Download app
Log keluar
Adakah anda pasti untuk keluar?

Perbezaan antara Hasil dengan Keuntungan

Apakah perbezaan antara hasil dengan keuntungan? Kedua-duanya ialah dua metrik utama yang membantu perniagaan dan pelabur memahami prestasi syarikat. Hasil dan keuntungan memberikan maklumat penting tentang prestasi organisasi. Walaupun kedua-dua istilah ini mempunyai beberapa persamaan, maksudnya berbeza.

None

Sesetengah orang yang baru bermula tidak menyedari perbezaan antara hasil dengan keuntungan. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan perkara utama supaya mereka dapat menggunakan istilah ini dengan betul.

Adakah Hasil dengan Keuntungan Perkara yang Sama?

Tidak, bukan.

Hasil ialah jumlah pendapatan yang berjaya dijana oleh sesebuah syarikat melalui pengedaran produk dan perkhidmatan yang menjadi kepakarannya.

Keuntungan (juga dikenali sebagai keuntungan bersih atau hasil akhir) ialah pendapatan yang dapat dikekalkan oleh sesebuah syarikat selepas menolak semua kos dan perbelanjaan, termasuk kos operasi, hutang, pelunasan, pelbagai jenis sumber pendapatan dan sebagainya.

Gambaran Ringkas tentang Hasil berbanding Keuntungan

Untuk memahami dengan lebih jelas perbezaan antara kedua-dua istilah ini, berikut ialah beberapa perkara utama yang perlu dipertimbangkan:

  1. Hasil menggambarkan keseluruhan pendapatan yang dijana melalui aktiviti utama syarikat.
  2. Hasil merangkumi semua kos, sumber dan perbelanjaan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti syarikat.
  3. Keuntungan ialah bahagian pendapatan yang berasingan, yang dapat dikekalkan oleh syarikat selepas menolak semua kos daripada pendapatan utama.
  4. Walaupun menjana hasil, sesebuah syarikat mungkin tidak memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian bersih. Hal ini kerana hasil dan keuntungan kedua-duanya berkait rapat dengan jumlah wang yang boleh diperoleh oleh sesebuah organisasi dalam tempoh tertentu.
Syarat dagangan terbaik dalam industri
Bonus deposit
sehingga 200% Bonus deposit 
sehingga 200%
Spread
bermula dari 0 pip Spread 
bermula dari 0 pip
Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan Platform dagangan salinan diperakui
Dagangan
Sertai serta-merta

Sekarang, mari kita lihat setiap istilah dengan lebih dekat untuk memahami perbezaan antara hasil dengan keuntungan.

Hasil

Pakar biasanya menyebutnya sebagai “baris atas”. Hal ini kerana hasil biasanya tertera di bahagian atas penyata pendapatan. Hasil menunjukkan jumlah keseluruhan pendapatan sebelum pelbagai perbelanjaan ditolak.

Contoh: bayangkan sebuah kedai runcit yang menjual produk. Hasil dikira sebelum mengambil kira kos operasi dan perbelanjaan lain. Selain itu, jika peruncit menerima pelaburan tambahan daripada anak syarikat atau pelabur pihak ketiga, pendapatan itu tidak boleh dianggap sebagai hasil kerana tidak dijana secara langsung daripada jualan produk. Semua aliran pendapatan tambahan dan pelaburan merujuk kepada jenis dana berasingan yang juga perlu diambil kira.

Keuntungan

Keuntungan, yang juga dikenali sebagai pendapatan bersih, boleh hadir dalam pelbagai bentuk bergantung pada cara anda ingin menilai prestasi syarikat. Keuntungan boleh didapati di bahagian bawah penyata pendapatan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, keuntungan mungkin terdiri daripada beberapa kategori:

  • Margin keuntungan.
  • Keuntungan operasi.
  • COGS (kos barang yang dijual).
  • Keuntungan kasar.

Perbezaan Utama antara Hasil dengan Keuntungan

Sebelum menerangkan perbezaan utama, pelabur pemula harus sentiasa ingat bahawa sesebuah syarikat boleh mencatatkan kerugian bersih (keuntungan sifar) walaupun mampu menjana hasil. Oleh itu, berikut ialah faktor yang perlu dipertimbangkan apabila membandingkan hasil dengan keuntungan.

Tahap Hasil dan Keuntungan

Keuntungan tidak mungkin melebihi hasil. Pengiraannya mudah: jumlah selepas perbelanjaan ditolak tidak mungkin lebih besar daripada jumlah yang pada awalnya merangkumi semua kos.

Jualan

Sesetengah pelabur pemula tersilap menganggap hasil sebagai jualan. Namun, hasil boleh merangkumi apa-apa jenis pendapatan yang diperoleh syarikat sebelum perbelanjaan ditolak. Pada masa yang sama, jualan hanya merujuk kepada pendapatan yang dijana secara langsung daripada pengedaran perkhidmatan atau produk utama.

Kepentingan kepada Perniagaan

Hasil dan keuntungan kedua-duanya penting bagi syarikat. Namun, keuntungan memberikan gambaran dan data yang paling tepat tentang prestasi syarikat. Keuntungan ialah kaedah terbaik untuk mengenal pasti kedudukan kewangan perniagaan, termasuk perbelanjaan, liabiliti dan kos yang telah diambil kira.

Kesimpulannya

Hasil dan keuntungan ialah data penting yang ditunjukkan dalam penyata pendapatan. Kedua-duanya membantu pelabur membuat keputusan termaklum berdasarkan maklumat yang tepat tentang prestasi syarikat. Selain itu, keuntungan boleh memainkan peranan yang lebih penting kerana ia menunjukkan bukan sahaja kedudukan kewangan semasa, tetapi juga potensi syarikat untuk menjana lebih banyak pendapatan selepas semua perbelanjaan ditolak.

Bahan ini tidak mengandungi dan tidak boleh ditafsirkan sebagai mengandungi nasihat pelaburan, syor pelaburan, tawaran atau pelawaan untuk menjalankan sebarang urus niaga dalam instrumen kewangan. Sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan bebas bagi memastikan anda memahami risikonya.